DUGAAN vs. NIKMAT
Monday, January 8th, 2007
Kadang-kadang hidup
ni Tuhan akan datangkan dgn ujian2 yg x diduga… misalnye aku jatuh moto, aku
bajet bertunang aritu sekian banyak tapi yg abeh terlebey banyak… atau biler
dua anak kucing aku Montok + Skinny meninggal dunia (mati)… hmmm…. Tak termasuk
yg lebih kronik dan malu nak dikongsi bersama public.
Apepun yang
menyedihkan terpaksa rase sedih juga walau kuat macam maner…. Menangis bukan tanda
lemah, menangis hanya untuk meluahkan rasa supaya x terbuku di dada…. Membersihkan
mata yg dah lama x dicuci eyemo(nyet.. > dulu maser skolah rendah sker sgt)
Bagi aku… mencari .
penyelesaian adalah pengubat luka hati… kalau org lain kater xleh selesai pnyer
pon, aku tetap nak selesaikan… aku tau masalah yg satu tu boleh selesai, usaha
+ doa + tawakkal… demi seorg yg aku sgt syg + cinta, raja hati aku… kalau xleh
selesai gak, nangeh la (kut la boleh selesai ngan ayaq mata yg syahdu). X cepat
selesai, Allah pasti jawab juga bile tibe mase yg sesuai. Mungkin juga x
dijawab skrg kerana akan mendatangkan musibah pada hambaNya… maka ubatnye
adalah sabar
Yang aku tau, aku
akan usaha sehabeh kederat aku menyelasaikan kekusutan yg satu itu.. aku takkan
putus asa dan menjadikan ayaq mata tu melemahkan aku lagi… lagipon ramai
tentera di belakang yg akan doa bersama, amin bersama, usaha bersama, tawakkal
bersama… tadak apa yg boley melemahkan semangat aku + tenteraku… macam tak
biasa ditimpa musibah pulak…
Akak yg accident
teruk dr aku tu upon selamba rilek (dlm hati Tuhan yg lebey tau)… Tuhan sangat
Maha Adil selama ini padaku, Dia tetap begitu selama ini… begitu banyak nikmat
yg dah diberi pada aku + bala tenteraku, kenapa kali ini aku nak ragu2 padaNya…
tak, aku xkan berpaling sebab Dia ada bersama aku + bala tenteraku. Dgn izinNya,
smer yg payah akan jadi mudah…
Satu nikmatNya, aku
dah pun selamat bertunang dengan insan yg paling aku cinta slm ni (wah jiwang
+ poyo kah?) siapa peduli, itu kan hati sendiri… jgn terlalu rumitkan diri dgn panadangan
+ fikiran org lain yg xtahu masalah kite… ambil pandangan org, dengar, hormat +
tapis… bukan tuk melemahkan diri… aku juga berjaya melepasi exam semester lepas
dlm kelam kabut kerja + meneruskan pengajian. Aku juga dapat beli scooter yg
aku idamkan (dah jatuh 2kali dah pun). Dapat balik kpg + meraikan aki yg mendapat satu lagi anugerah Wira
Merdeka… pendek kater byk juga kemanisan yg dianugerahkan tahun lepas untukku…
alhmadulillah.
Maka, dengan ini, Aku
+ bala tentera di depan + belakang, akan tetap mara selagi diizinkanNya.
“Ya Allah, ampunkanlah
dosa-dosa kami + kedua ibubapa kami + rahmatilah mereka sepertimana mereka
membelai kami sewaktu kami masih kecil dahulu, amin”