Archive for October, 2005

lagu annuar zain yang sedap cam cokelat :)

Sunday, October 30th, 2005

ni le lagu favourite aku time rayer, abeh credit aku nak carik ringtone paling sedap tuk lagu niha… selamat ari rayer kat korang semer…. rayer jangan luper Tuhan n berhati2 di jalan rayer…. makan ketupat rendang kuih muih jangan tercekik lak… susah aku nak mintak duit raye nanti… raye elok2 yer kome… muaaaaakhhhs :)

Annuar & Elina

Suasana Di Hari Raya

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )

"SELAMAT ARI RAYA AIDILFITRI… AMPUN DAN MAAF SALAH & SILAP YE KORANG…."

cya… Hanna :)